Friday, December 18, 2009

Hangout with frens

Keluar makan dengan teman-teman di luar daerah. Kelihatan saya . Schwan dan Z berkesempatan berbual-bual sambil menunggu pesanan ada yang nak makan nasi patperik-mee hon soup dan somtam- saya rasa makanan di kedai ni biasa aje ini pun atas cadangan Zarry ......
makan di kedai budak siam di Bukit Kecil tu rasanya lebih selera,,,,,,pada pandangan saya jangan marah ye Z ! nanti kita tanya pula pada Misha dan Nazri yang agak pakar dalam memilih kedai makan yang sedap-sedap.......................


STAFF PARKING
At the parking lot
1


1 Khotadah .Zarry dan saya bergambar di samping kereta masing-masing di satu malam minggu.


Buah hati Zarry yang berharga RM 130k anyway tahniah kerana berjaya memiliki kereta buatan Eropah yang menjadi idaman setiap orang itu.Tapi yang kontravasinya kenapa kereta yang secanggih ni hanya mampu di pandu hingga ke Kuantan saja ? Mengapa tak ke bandar-bandar utama yang lain?Pelik tapi benar segalanya hanya boleh di jawab oleh pemiknya sahaja



Panasssssssssssss...................



Kini aku pulak jadi cameraman. semua kena get ready kerana aku tak beri klu dah just snap je maka terhasil lah photo ni anyway nice smile Schwan........yang lain tu kena masuk kelas senyum pasal nampak macam kena paksa je.......jangan marah




Gaya bersahaja empat orang teman di larut pagi walau pun saya tahu si Khotadah dah mula mengantuk kerana jarang berjaga selarut ini tapi kali ini dia didera kerana pada malam ni dia first time membawa keluar kereta baru nya untuk bersiar-siar .Z masih lagi unggul dan tetap berposing sakan, si Zubir macam nak cari tempat landing je dan aku apa lagi bersedia untuk di potret.......





Kali ni saya berkesempatan berposing dengan seorang kawan lama yang jarang sekali dapat meluangkan masa bersama.Saksikan kemesraan kami pada malam itu sesekali melaram apa salahnya kan?Schwan selaku pengarah fotografi tetap membawa unsur-unsur zen dengan mementingkan pokok-pokok bonsai sebagai back ground photo ni......cepat ma.... banyak nyamuk ni hahahaha






Ha! yang ni lagi haru maklumlah peminat setia atau die hard fan pada semua cerita-cerita Hindustan yang meletup letup dipasaran tu . Macam mana si Z ni boleh terfikir bila dia tengok pada satu landskape yang berbukit bukit dan berumput pula maka dia perasan lah nak bergolek-golek diatas rumput tu macam yg di buat oleh ASYWAIRAI dalam film AP AP LAUT CHALE,,,,,,,,,,,, jangan marah ye Z saya rasa rumput di Malaysia tak sesuai kalu nak buat adengan begitu banyak semut gatal,,,,,,,,,,,,,,,kahkahkah


Ni pulak photo aku sendiri yang di direct oleh teman aku si Shawn - mahu tak mahu terpaksa lah aku bertenggek di atas tiang batu tu konon-konon nak shoot view di belakang tu cantik so colourfull tapi apakan daya cuma guna digital camera yang 7.5 megapix aje next time of couse kena guna Nikon D3000 for better picture .It ok Schwn that not your fault dear.............


Ini adalah gambar candid tiga serangkai. masing-masing masih sempat lagi mengelamun walaupun taklala ni waktu hampir larut pagi.Mungkin masing-masing asyik mendengar penceramah berceloteh di hadapan dengan penuh kyusuk maklum lah malam sepena Maal Hijrah kena lah brain washed sikit............kahkahkah

Bila saya jadi cameramen semua kawan-kawan akan komplain kerana suka sangat mengambil gambar candid tanpa memberi klu jadi masing-masing tak ready tengok saja aksi si Schwan yang masih tertunggu-tunggu klu dari saya si Zarry pula masih tak ready masih dengan rokoknya sambil berangan nak balik ke kampung halamannya di France yang pernah menjadi tempat bermainnya suatu masa dahulu. Tengok pula si Khotadah ni {nama dia pelik sikit kerana
diambil dari Timur Tengah yg brmaksud lebih kurang yang murah rezeki dan sempena nama sahabat Rasullullah saw} yang berdiri tercegat di belakang tu ,masih belum bersedia sepenuhnya dan Zubir pula masih terkangkang sambil membetulkan kedudukan dan apabila saya kata dah snap semuanya marah-marah.... sori kan candid kena lah gitu, baru suka..
Walau pun sedang rancang berbual dengan berbagai topik kesempatan untuk bergambar tetap diutamakan.Bila lagi lebih-lebih lagi kan sekarang dah ada Facebook boleh lah tunjukkan pada semua.......kahkahkah

Bersama kawan-kawan di malam maal hijrah sudah lama tidak berkesempatan bertemu kerana sibuk dengan kerier masing-masing.Walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi namun kesempatan untuk bergambar tidak dapat dilepaslan begitu saja.Ok guys ready ...smiles !

No comments:

Post a Comment