Sunday, December 13, 2009

Jom ke pantai






























Petang minggu yang lalu terasa bosan dan tak tahu hendak pergi kemana.Tiba-tiba terfikir untuk membawa anak-anak sedara untuk berkunjung ke Pantai Batu Buruk yang hanya 15 minit jika memandu dari kediaman ku di sini {nama kampung adalah dirahsiakan}. Pantai Batu Buruk memanglah terkenal kerana ianya terletak di kawasan bandar dan mudah untuk di kunjungi.Lagi pun sudahlama aku tidak menjejaki pasir pantainya yang putih itu sambil menikmati tiupan angin Laut Cina Selatan kerana asyik memerhatikan keindahan alam ciptaan tuhan itu hanya dari dalam kereta yang ku pandu hampir setiap petang di sepanjang jalan pantai tersebut.Alangkah gembiranya rasa hati bila dapat menjejakkan kaki bermain pasir dan air laut bersama anak-anak sedara sambil belari kesana kemari tanpa menghiraukan orang sekeliling.Semuanya ini dapat di gambarkan dalam foto-foto yang sempat di ambil khas untuk tatapan anda semua.

No comments:

Post a Comment